nuffnang ads

Followers

Tuesday, April 28, 2015

Appreciate

Assalamualaikum and hi.
*lelambaiii kat awak awakk yg tengah baca nukilan kita ni.. *


It has been a long time mood tak sampai nak membebel kat sini. Dulu ya asal free jea cari blog, hari-hari mengadap blog pun takpa. Tipu lahh kalau tak rindu dgn tulisan sendiri. 
*over kannn nak acah-acah rindu pulak*.

Dan dalam masa yang panjang tu, my life as usual. Bangun pagi pergi kelas, balik kelas, then pergi kelas semula sampai malam, balik dah penat macam buat kerja berat sangat. Hahaha. Thats we called student life. Assignment hang jangan cakap banyak dia, Esok due date, confirm siap dgn jayanya. Kelas sangat kau jahhh!  Itu namanya kerja last minit, Dan sekarang jugak masa utk aku mula fokus dgn life sendiri focus dgn family, focus dgn org2 yang aku sayang, kawan2 yang selalu ada susah senang, yang kami sama-sama telan perangai masing-masing, annoy-nya aku utk depa, happy-nya aku utk depa.. depa terima seadanya. Itu yang aku mahu fous sekarang dan seterusnya.

Pengalaman mmg mengajar aku utk keep strong dalam segala jatuh bangun kita. Kadang time kita dah percaya sepenuhnya dgn org yang kita sayang, kita dah get closed sangat, at the end,you end up our relationship like that. So sad my dear. Really I'm sad! Being a strong person dgn apa yang dah orang buat dekat kita sangatlah susah. Boleh jadi gila kalau layankan perasaan yang kadang-kadang nak touching, nak sentap. Enough la bagi aku. I'm really move on daripada life yg asyik you nampak salah orang, you nampak semua orang tak betul. Aku move on. Cukup cukuplah sayang.

As human, mmg kita takkan nampak salah sendiri. Aku di antaranya. Hehehe. Jenis keras kepala, tangkap sentap tahap tarik muka tu tak payah cerita. Hohoho. Dan adakala bila kita in a bad side, nak tak nak hang kena mengaku salah hang, tak payah dah nak ego tahap gunung everest tuu. 
Tak payah, okay? K. 

Kecewa sangat lahaiii bunyinya. 
So, aku dah mula focus utk mereka-mereka yang menghargai hubungan yg terjalin antara aku dan mereka semua. Aku ni jenis sayang orang, memang sayang habis. Kerna apa aku fikir aku perlu focus utk mereka? kerna mereka terlalu baik utk insan seperti aku ni dan wajiblah utk aku 
menghargai kewujudan mereka. Aku menulis bukan aku be a like "eh bajet bagus, bajet baik letuu.. "
dah dah laa kita hidup nak nampak salah orang, dah dah lahh semua tu. Dah dah la mari kita jadi baik-baik sudahh.


Silent is golden, silent is better
Diam itu indah.

kalau rajin, kita update lagiii.. Assalamualaikum



Tuesday, March 24, 2015

Travel: International Visit,Korea

Assalamualaikum readers.
*rindu kite takk.. hihihi*


anneonghaseyo. aicehhhh acah korean sikit,



at Namsan Park.



Selepas dua bulan balik dari korea baru nak update. *sangat tidak adil kan..*Cerita dah basi pun. kahkah. Aku pi korea ni bukan untuk suka2 saja tau, pi atas tuntutan program universiti tercinta. Ewahhh tercinta bagai, melangit nampakk! So, ni kira first trip la to oversea yg naik flight segala ni. Pi siam dah biasa , so takpayah nak oversea sgtlah kalau setakat sampai danok and then hang patah balik kan. hahahha.


;)

Persediaan utk ke korea mmg last minit semuanya sbb dua minggu sebelum berlepas aku masih dalam perkhemahan tahunan suksis. Org kata persediaan ala kadar jea. Memang ala kadar sangat. Bukan tak beriya nak pergi tempat orang tapi bagi aku biarlah berpada utk first trip ni.

Bajet? Perbelanjaan.
Bab perbelanjaan ke sana mmg cukup, alhamdulillah tajaan mama abah sedikit sebanyak,Berkat usaha gigih berniaga (dengan team) dan mengajar tuisyen sampai ke sepang cecah jugak kaki ni kat bumi sakura tu. Alhamdulillah. Allah shj tahu perasaan masa tu. Serius kalau setakat bermimpi-mimpi nak pi sana tanpa hang ada usaha gigih mmg aku tak sampai. dan kalau hampa nak tau bajet yg aku bawak pi sana tak habis pun. hihihi. Pandai2 la masa membeli tu. duit korea pun ada lg dalam purse tu. hiiii :) Oh ya! universiti tercinta aku ada bagi duit utk setiap pelajar. mana boley tak bagi kannn. hahaha

Boarding flight. Nebess


Feeling.
Perasaan aku masa nak pi korea ni ada dua. First masa nak naik flight. Entahlah nervous dia semacam jea, tambah pula flight kami masa tu pukul 1 pagi waktu Malaysia. Allahu.. mcm-mcm ada dlm kepala. Doa dan tawakal, ajal maut kat mana pun boleh. Alhamdulillah pukul7.30pg waktu Incheon selamat mendarat. Syukur. Waktu malaysia dgn korea bezanya cepat 1 jam jea. Perasaan kedua haruslah masa jasad dh kat korea kan. Feeling yang tak mampu digambaran dgn kata-kata. Seriusly. Sbb ni bukan mimpi lagi tau, tapi kenyataan. Sampai berhari-hari kat korea, travelmate aku masih tanya aku "betulke ni fiza kita korea sambil tarik-tarik pipi aku. Hahaha. Kelakar la awak. Terus cakap kalau nak percaya kita kat korea, tengoklah salji tu. Itulah hakikatnya. Senyummmm.

Touchdown safely in Incheon, Korea.


9 hari 8 malam
Dah buat aku rasa puas kat bumi korea. Berjalan melihat hebatnya ciptaanNya. Allahuakbar. Cukup puas! walaupun masih ada banyak tempat yg kami tak sampai masa di korea.Takpa, mana tau ada rezeki boleh pi lg. InsyaAllah. Masa kat korea mmg feeling winter sonata sangat. Gituu. Mau tak feeling gitu touchdown saja di incheon, kami dah nampak salji dari tingkap flight. teruja! Kami semua pi orea tanpa agent, backpackers. Tiap hari jalan kaki. Tetiba jadi kental.


At Itaewon. Satu2nya daerah muslim di korea.


Uncle jual icecream mcm kat turkey. 
Istanbul aku datang tuuu. :)

Luncheon at Muree Muslim Food.
Korean Meal. Bertambah2 makan kat muree ni. Sedap dia likin so good!


Viewing from Ehwa Womens University.

In front of Business school

sejukkk.














Kawasan Malaysian Guest House, Apjeong.

Snow.






Cable Car at Namsan Tower.



Lecturer pengiring, dr ailis and her husband.




We are wearing 'hanbok'. Traditional style.

Cultural Street.


At Everland Theme Park.
*kat everland ni sejuk dia tahap gigil nak selimut. huhuhu*


Namsan Tower
 *ala2 Alor Setar Tower, kannnn*


Cukup la kot. 

Enough. Sebab masih tak boleh move on.
 Mood nak holiday lagi.Hahahahaha.

Prepare for next trip, Cambodia on September.
InsyaAllah.




Assalamualaium. Bye!






Wednesday, January 14, 2015

freshie update

Assalamualaikum and hi semuaa...
selamat semua utk lembaran baru di tahun baruu. lama tau cik fiza kita tak update blog. Okey kak okey kak, hampa tak tauu cik fiza hampa busy mengalahkan doktor kat hospital tu! Nampak tak menipu sangat alasan dia. *cliche. Hahahah. Oh ya! sekarang aku dah habis part 5, another 2 semester to go and semester last kita kena hadap intern.

Lama kan tak update blog, sampai satu saat tu rasa nk closed jea villa kesayangan ni. Tapi kan.. bila pikir balik villa ni la akan jd kenangan yg boleh aku tunjuk kat anak2 cucu aku nanti, tunjukk la sikit qheja mummy depa masa muda2 remaja. kihkih. So tahun 2015 ni takmau berjanji dah dgn diri sendiri nak rajin update blog konon, satgi sampai ke akhir tahun dok tera tu. Hahaha. Ada masa kita update, tak dak masa, malas, tak dak mood kita tak payah update. Aci dak macam tu??? Aci jea la kan... Hihihi. Apa yg aku harap utk tahun 2015 dan akan datang, aku terus istiqamah dlm sesuatu hal. Moga Allah redha utk segalanya. Amin



*mari sama2 kita hadiahkan Al-fatihah utk sahabat seperjuangan legasi agama sik..




Al-fatihah, utk sahabat arwah Husna Nabilah bt Abd Halim,
 Moga kau tenang disana wahai sahabat. 
Utk dia sahabat, dia dalam kenangan..
...............
28/10/1993-06/01/2015
Husna Nabilah Abd Halim
Generasi 9, batch 2006-2010
Alumni SMKA SIK


Tuesday, November 18, 2014

Part Time Cikgu ABC



Assalamualaikum semua kesayangan adinda... :)






Alhamdulillah dah hampir sebulan jd cikgu abc dan sebulan jugaklah aku bekerja sambil belajar. Gituuuu... ! Actually gigihnya cik fiza kita ni cari duit sbb nak pergi korea. okey nak pergi korea ya sayang-sayangku sekalian. huhuhu. Nak pergi sana bkn boleh bawak dua tiga kupang tau, beribu riban! Itulah antara asbab aku gigihnya drive malam-malam pergi sepang. Dan asbab yg lain semestinya nak cari pengalaman mcm mana jd cikgu. Mencabar sgt jd cikgu ni. Thumbs up utk semua guru dan bakal guru. Anda mmg manusia yg kuat dlm mengawal emosi ketika mengajar. Anda juara! *mcm iklan milo pulak kan...*

Anak murid aku ni adalah seorang budak yg sgtlah hyper active dan seorang kanak-kanak autism. He (Muhammad Danish) reminds me to kekasih hati fynn jamal, kesayangan rakyat malaysia. Arjuna bakti fitri. Indeed! Danish sgtlah aktif dgn dunia sendiri. Adakala dia nak follow aku, dia akan excited belajar, but sekali dia rasa mcm benda tu bosan dgn sesuka hati dia ckp "miss, i'm so bored". Mati akal weh bila anak murid ckp boring. Mcm nak lari balik. Gila mencabar jd cikgu. Ini baru cikgu abc. Dan utk makluman semua, danish seorang budak yg tak boleh cakap melayu. Menangis aku dengar dia speaking. Huhuhu. Ini juga asbab kenapa aku selalu ckp jd cikg mencabar, mencabar bg aku lah. Hahahha. Mmg dari lahir buka mata tgk dunia, his parents dedahkan dia dgn speak in english. So, skrg parents dia nak asuh speak in malay. It is not easy job but i will try my best. 

Dan semalam menjadi sejarah, danish cakap mcm ni kt miss fiza dia "miss, can i ask you something?? how long i must learn it? i'm really bored, actually i don't want to study because i just want to watch my ipad". Glurpppp. Danish! pleasee please sayang miss fiza, you kena belajar bahasa melayu ni. Sekali mummy dia tgk dia takmau focus kat aku, haa kau kena rampas ipad. huhuhu. Menjerit meraung si danish satu rumah. Yes, budak jenis ni mmg kita tak boleh paksa dia utk grab apa yg dia tak suka, sampai ke sudah dia takkan pay attention dia kt kita. Apa yg dia tau, dia nak itu dia minat ini.. yang tu yg dia akan fokus! Gilaa mencabar, teruji lah jugak kesabaran aku semalam. Hahaha. Tapi masih boleh control lg. Alhamdulillah.

Ini baru cikgu abc, ajar membaca dah mcm nak lari balik rumah... 

Saturday, October 25, 2014

Perubahan. Hijrah

Assalamualaikum...

Lamanya tak jengah sini. Maklumlah busy msuk study,busy la sgt kan. Sigh. Tapi sekarang aku tgk dunia blog mcm dh ditinggalkan kesepian. Serius weh serius. Orang main instagram skrg. Upload gambar then taip caption panjang mcm highway tu. *Hahaha aku letuuuu.

Okey dah masuk awal muharram ni, maksudnya dh masuk tahun baru hijriah la. Alhamdulillah syukur masih dpjgkn usia ni. Masih ada peluang baiki mana tak elok,mana tak solehahnya disitu. Hihihi. So,aku yakin dan pasti everibadiii akan buat azam baru, niat itu ini. Goodluck uolss insyaAllah Allah akan pandang semua itu either sekecil zarah azam kita tau. Segala azam dan perubahan akan menjadi satu hijrah baru utk kita kan. Mcm mna nak hijrah? Based on cara masing-masing la kan. Jgn tipulah kalau dlm hati someone ni tak dak sekelumit pun impian nak berhijrah. Ko jgn nipu nakkk! Mesti ada.

Aku? Mestila ada. Banyak kot nak itu ini. Kehkeh. Doakan la aku mampu jd sebaik-baik insan. Serius weh nak jadi baik bukan senang sbb nak masuk syurga tu kan part paling indah dlm hidup. So kita kena fokus betul-betul journey to heaven! Dan kalau nak berubah takpayah la tangguh sayang sayang aku,teruskan apa yg terbuku dlm hati. Mmg macam malunya nk berubah nnti org ckp mcm ni,mcm tu. Ungkit kisah silam kita. Mesti ada mulut mcm tu. Dan part yg paling sadis bila kita nk berubah ayt mcm ni keluar 'ingat hg bagoih sgt ka dlu,xpayah la nak tunjuk baik'. Apa niiiii? Ingat na mendorong tp lg menjatuhkan semangat saudra muslim kita ni, apa citaaa.....!

Aku bg contoh simple la, bila bab berubah ni kita start dgn jaga solat kita. InsyaAllah everything will be fine after this. Jaga solat, jaga aurat, jaga hubungan kita dgn others, slow slow kita akan rasa hidup bertambah tenang. Kalau dok bertangguh sbb malu kt manusia sampai ke sudah tak terlaksana hijrah tu. So, marilah slow slow kita berubah ke arah yg lebih baik walau pahit atleast kita mencuba!

Ingat Allah tengok tau usaha dan nawaitu kita walau sebesar zarah. Ingat, Maha Esa tu tak pernah lupa kt kita,kita jea yg terlupa dgn Dia.